Tips dan Cara Memilih Kain Batik Bermutu

Tips, Panduan, Cara Beli Kain Batik Jenis Bermutu

Anda ingin mendapatkan kain batik yang bermutu dan tahan lama? Ada beberapa petua, tips dan cara untuk mengenal samada kain batik bercorak moden, eksklusif, murah yang anda pilih untuk beli benar-benar berkualiti dan selesa dipakai.

Pilihlah jenis penggunaan Kain Batik

Apabila anda ingin membeli batik sebaiknya dipastikan dahulu bahawa batik tersebut akan digunakan dalam kegiatan harian ataupun untuk acara tertentu.

Jika kain atau baju batik tersebut akan anda gunakan secara harian, sebaiknya memilih kain batik yang berbahan kapas, supaya dapat menyerap haba dan selesa.

Pilihlah Jenis Cara Pembuatan Batik

Anda juga perlu membuat pilihan semasa membeli jenis batik samada batik tulis atau batik cap.

Biasanya kain batik tulis harganya lebih mahal daripada kain batik cap. Ini adalah kerana, pembuatan batik memerlukan kreativiti yang tinggi dan juga proses yang agak panjang.

Meraba cetakan warna

Untuk memastikan warna pada kain atau baju batik tidak luntur, anda disarankan untuk meraba cat warna pada kain atau baju batik bagi memastikan warna pada batik tidak melekat pada tangan ketika meraba pada kain batik.

Bila warna cat kain batik yang anda pilih melekat pada tangan anda, itu menandakan bahwa kain batik tersebut memiliki kualiti yang sangat rendah. Ini juga akan menyebabkan warna pada kain atau baju batik tersebut akan cepat luntur dan pudar.

Letakkan kain diatas kulit

Jika anda membeli kain atau baju batik anda disarankan untuk anda meletakkan kain tersebut diatas kulit anda. Ini dapat membantu anda dalam mengetahui kualiti dan mutu kain tersebut.

Salah satunya adalah anda akan merasa sejuk dan selesa apabila kain itu diletakkan diatas kulit anda. Ini menandakan kain batik itu mempunyai kualiti yang baik dan akan memberikan keselesaan kepada anda ketika memakainya.