Tips Cara Penjagaan Kain Batik

Tips Mudah Menjaga Kain Batik dan Sutera Tahan Lama

Kain batik yang baik dipilih berdasarkan jenis kain dan rekacorak batik yang menarik dan untuk menghasilkan rekacorak yang menarik mengambil masa yang lama.

Banyak wang dilaburkan oleh pembeli kain dan baju batik khususnya untuk mendapatkan batik tulis sutera bermutu untuk dimilikinya dan digayakan sebagai pakaian yang anggun.

Oleh itu, kecantikan koleksi sutera ini harus dijaga supaya keanggunannya tidak pudar. Warna yang luntur dan kehilangan sinar sutera akan berlaku jika pemilik kain dan baju sutera ini tidak menjaga nya dengan baik.

Antara tips, kaedah dan cara yang boleh dilakukan dalam penjagaan batik ialah:

1. Jangan sekali-kali merendam kain atau baju batik sutera dalam tempoh yang lama untuk mengelak luntur warna.

2. Cuci batik dengan syampu atau sabun pencuci khas untuk sutera atau batik dan dengan menggosoknya secara perlahan. Elakkan menggunakan serbuk pencuci biasa.

3. Bilas kain dengan air bersih, elakkan memerah. Seelok-eloknya air suam-suam kuku shj.

4. Seboleh-bolehnya jangan menggunakan pelembut kain secara kerap kerana dikhuatiri akan mereputkan kain sutera batik ini.

5. Jangan sekali-kali menggunakan mesin basuh untuk membasuh atau mengering kain batik sutera kerana ia akan merosakkan struktur fabrik kain.

6. Sidai batik di tempat teduh, elakkan menjemur di bawah sinaran terik matahari. Jika boleh, tarik hujung kain atau baju batik ini supaya lajur kain batik berada dalam keadaan yang betul dan tidak berlipat.

7. Sterika dengan suhu rendah sebelum kain yang telah dicuci betul-betul kering, ini bagi menyenangkan kerja menggosok. Laraskan suhu sterika ke bahagian sutera dan elakkan menggunakan suhu yg tinggi. Alas kain atau baju batik sutera yang hendak digosok dengan kain lain untuk mengelakkan kesan suhu sterika yang melampau secara terus keatas kain batik sutera.

8. Gantung batik sutera menggunakan penyakut baju di dalam sarung plastik apabila menyimpan. Elakkan dari melipat baju atau kain batik sutera dan di letak dibawah susunan kain lain. Ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.