Pewarna Asli Kain Batik

Warna Alam Semulajadi Mewarnakan Batik

Pernahkan anda mendengar batik yang dihasilkan dari pewarna asli dari bahan semulajadi?

Di Malaysia kini, penggunaan pewarna asli masih lagi tidak meluas di kalangan pembatik kerana warna yang terhasil tidak begitu terang (bright colour) dan menonjol (attractive) apabila dibandingkan dengan pewarna sintetik.

Selain itu, penghasilan pewarna asli juga memakan masa yang lama dan proses pembuatan batik juga berbeza.

Tetapi sebelum terhasilnya pewarna sintetik, pembatik di awal pembuatan dahulu dikatakan menggunakan pewarna asli.

Di bawah saya sertakan contoh batik yang dihasilkan dengan warna asli dan warna sintetik. Pewarna asli menampakkan batik lebih lembut (earthy tone) dan tenang (soft/calm).

Natural dye batik
Source: http://www.tmsart.com.my/fabrication/natural-dye-fabric

Synthetic dye batik
Source: https://asiancorrespondent.com/2014/04/indonesia-and-malaysias-love-hate-relationship/

Pewarna asli banyak dihasilkan dari bahan seperti tumbuh-tumbuhan; daun, bunga, akar, kulit, buah dan sebagainya.

Antaranya:

• Kunyit digunakan untuk warna kuning

• Bunga telang digunakan untuk warna biru

• Teh, kulit kayu digunakan untuk variasi warna coklat atau kemerah-merahan

• dll



Contoh pewarna asli
Source: http://minatosandria.blogspot.my/2013/01/zat-warna-tekstil.html