Soalan Lazim

Dari mana serenebatik.com dapat bekalan batiknya?

Kami mendapat bekalan dari pembatik terpilih di Kelantan. Kami pastikan batik yang kami promosikan mempunyai kualiti yang tinggi, terbaru, dan menarik. Pada masa akan datang bekalan mungkin dari negeri lain atau kami membuatnya sendiri.

Boleh beli batik yang ada di serenebatik.com secara terus tanpa melalui online?

Buat masa ini kami tiada outlet/showroom untuk jualan secara terus.

Perlukah isi borang online untuk pesan produk batik?

Tak perlu, cuma Sms atau WhatsApp sahaja untuk memesan produk, dan menghantar nama dan alamat penghantaran selepas bayaran dibuat.

Bolehkah saya pulangkan produk batik jika tidak puas hati selepas menerimanya?

Dinasihat supaya Tuan/Puan memilih dengan betul ketika membuat pesanan. Jika terpaksa memulangkan produk yang telah diterima, hantar semula kealamat kami serta merta dalam bungkusan dan keadaan asal. Jika kami tidak menerima produk tersebut dalam tempoh 5 (lima) hari bermula dari tarikh produk Tuan/Puan terima, produk tersebut dianggap telah terjual. Contoh: Tuan/Puan terima produk di alamat Tuan/Puan pada 1hb., tarikh produk sampai semula ke serenebatik.com mestilah sebelum atau pada 6hb. Kos memulangkan produk ditanggung oleh Tuan/Puan.

Adakah saya dapat semula bayaran selepas pulangkan produk?

Ya jika produk kami diterima dalam tempoh lima hari selepas Tuan/Puan mula-mula diterima dan dipulangkan dalam keadaan asal. Jika produk didapati rosak, serenebatik.com akan kurangkan wang yang dipulangkan mengikut tahap kerosakan dan mengikut budibicara serenebatik.com.

Bagaimana jika produk telah rosak semasa menerimanya dari Pos Laju?

Jangan terima jika bungkusan telah koyak atau Tuan/Puan syak produk didalam telah diusik. Tuan/Puan boleh memilih untuk tidak menerima bungkusan yang diserahkan oleh pegawai Pos Laju. Pihak Pos Laju akan memulangkan produk kepada kami.

Kenapa lambat terima produk selepas bayaran?

Penghantaran adalah mengikut hari seperti dalam jadual. Jika produk tidak diterima selepas 5 (lima) hari bekerja Tuan/Puan perlu hubungi kami.

Bolehkah tolong buat baju dari kain yang dibeli di sini?

Masa ini belum boleh lagi, akan datang kami mungkin menyediakan perkhidmatan membuat baju dari kain yang ditempah. Tuan/Puan boleh juga memberi baju batik yang telah siap dijahit disini.